Tuesday 29 November 2016

My garden after a raining day


Semenjak kecil saya amat sukakan cuaca selepas hujan.  Suasana yang sejuk dan nyaman membuatkan saya rasa segar.  Otak saya berada pada zon fresh sambil menikmati keindahan tumbuhan alam ciptaan Allah yang Esa.  Setiap kali selepas hujan saya pasti akan melihat keluar tingkap untuk melihat suasana di luar.  Tidak kiralah di mana saya berada, saya pasti akan melakukan perkara yang sama.  Titisan air pada dedaun yang hijau membuatkan saya gembira.  Nikmat Allah yang bagi saya tiada tandingannya....













No comments:

Post a Comment