Wednesday 16 November 2016

BER MIENG KHAM DENGAN KADUK DI LAMAN....


Kat kebun kecil saya pokok kaduk hidup subur menghijau.. memang geram tengok sebab daunnya berkilat-kilat dan lebar.... hari ni saya cuba buat Mieng Kham sejenis pembuka selera masyarakat Thailand ni.  Sejujurnya saya pun belum pernah makan Mieng Kham.

Maka Resepi cari kat Goggle je.


Mari Kita tengok resepinya ye..

Resepi Sos Mieng Kham:



6 Ketul gula melaka
1/2 cawan air
*1/2 cawan kelapa parut (di goreng tanpa minyak)
*1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
*1/2 cawan udang kering (digoreng tanpa minyak)

Cara2nya:
Bahan bertanda dikisar kering sampai halus.  Masukkan ke dalam periuk bersama air dan gula melaka. Masak sampai pekat. Sejukkan.


Bahan-bahan Mieng Kham:
Daun Kaduk (Basuh dan lap kering)
Udang kering basuh, toskan (goreng tanpa minyak)
Kacang tanah (goreng tanpa minyak)
Hirisan kelapa (goreng tanpa minyak)
Bawang besar dipotong dadu kasar
Limau nipis dibuang kulit dan didadu kasar
Hirisan cili padi


Cara-cara makan:

Ambil daun kaduk.  Sapukan dengan sos Mieng Kham.
Letakkan semua bahan-bahan dan lipat kemas daun. Sedia untuk  dimakan.

Letakkan bahan2 Mieng Kham di atas daun kaduk

Lipat daun kemas2

Resepi yang saya share ni sesuai untuk 20 orang makan.  Jadi saya bawa sikit ke ofis. Mula2 tengok ramai yang takut nak cuba.  Tapi sekali cuba terus xboleh berhenti mengunyah.  Kata orang jadi ketagih pulak.  Memang sedap....

Alhamdulillah bertuah saya kerana ada kebun kecil tepi rumah.  Benih kaduk ni saya bawa dari kampung.  Dapat jugak kawan2 merasa makan Mieng Kham ni..

Untuk kawan2 opis


No comments:

Post a Comment