Sunday, 23 February 2014

POKOK TERUNG MISTERI

Assalamualaikum....

Beberapa bulan yang lepas sedang aku membersihkan rumput dan menggembur tanah di dalam salah satu pasu bunga melati... aku terjumpa anak pokok yang macam pokok terung, saiznya lebih kurang 4 inci tinggi.  dan daunnya cantik hijau dan subur pulak.  Tapi aku xpasti terung apakah jenis terung yang tumbuh tu... dek kerana sifat ingin tau itu, aku pun mengorek anak terung tersebut dan pindahkannya ke dalam poly bag dan letakkannya di bawah pokok pisang di tepi rumah.  

 

Hari demi hari aku jaga dan beri baja pokok terung tu pun membesar.... sehingga lebar daunnya mencecah hampir sebesar pinggan tapi tidak kelihatan tanda2 hendak berbunga pun... dengan perasaan yang tak sabar nak tau pokok terung apa aku pun pindahkannya atas tanah di tepi pagar.  Dengan harapan pokok terung tu berbuah cepat.  Akhirnya pada awal Februari pokok terung tu pun berbunga..banyak la jugak bunga2 yang keluar dari celah2 daun..... apa lagi melihat bunga tu aku terus tersenyum sendiri... hendak ketawa pun ada.... rupanya pokok terung yang aku jaga dan belai selama ni pokok TERUNG PIPIT.. orang2 jawa kampung aku panggil TERUNG CEMPOKAK... mmmmm kalau masa kecik2 dulu terung ni buat main baling2 @ peluru senapang kayu..... 

 

Kalau dekat kampung dulu pokok ni banyak tumbuh kat tepi jalan.....aku selalu ambik sebab mak aku suka campur dalam sambal belacan masak.  Memang sedap sambal tu makan pulak dengan masak lemak umbut kelapa... nasi panas2... ikan goreng...fuh..rasa terung pipit yang digigit meletup dalam mulut....memang terangkat....makan sampai pepeluh2.......Sekarang aku xpasti ada lagi ke tidak pokok ni kat kampung aku..... mak aku pun dah lama x buat sambal belacan masak tu... xda orang nak makan katanya..... maklumlah semua anak2 dah bekerja yang tinggal mak ngan abah aku je...

 

Minggu lepas dua tiga kuntum bunga2 terung ni dah jadi buah... baru mula belajar berbuah... adalah tiga empat biji..... yang bunga lain belum jadi buah lagi....  harap2 bila dah berbuah banyak nanti bolehlah aku buat sambal belacan masak terung pipit tu.... Gambar2 yang aku sempat ambil untuk tatapan korang semua....  

 

 

Hasil dari carian di WIKIPEDIA aku TEMPEKKAN serba sedikit maklumat berkaitan Pokok Terung Pipit untuk rujukan kita semua..... SELAMAT BERKEBUN.........

 

Terung pipit juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

 

Khasiat

Secara saintifik

Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.


Secara tradisi 

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

 

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. [1] Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[2], [3] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs). [4]

 

"Maklumat di atas diambil dari Wikipedia sepenuhnya".


Pokok Terung Pipit Di Laman Dapurku

Bunga Terung Pipit

 

Buah Terung yang baru muncul

No comments:

Post a Comment