Tuesday 22 April 2014

BATU REFLEKSILOGI

ASSALAMUALAIKUM....


PETANG SEMALAM LEPAS BALIK DARI KERJA...AKU MEMULAKAN AKTIVITI MENYUSUN BATU REFLEKSILOGI DI 'EDIBLE GARDEN'..... LEPAS NI SAMBIL KUTIP2 ULAM BOLEHLAH BERJALAN ATAS BATU2 NI....

DAPAT JUGAK MELEGAKAN URAT2 KAKI LEPAS SEHARIAN BEKERJA.....






NI BARU PERMULAAN...INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI NAK BELI LAGI BATU2 NI.... SUSUN CANTIK2....SAMBIL2 MASAK BOLEH JUGAK KITA BERSENAM.....


SELAMAT BERKEBUN.......

Monday 21 April 2014

BELALANG....OOOO...BELALANG.......








 

 

ASSALAMUALAIKUM.....

MANUSIA...TUMBUH-TUMBUHAN...SERANGGA...HAIWAN...SEMUA GEMBIRA SEBAB SEJUK DAN DAPAT AIR.....

TAK TERKECUALI TAMAN DAPUR SAYA... DALAM KEMERIAHAN POKOK2 YANG GEMUK TU... MUNCUL BELALANG YANG GEMBIRA MAKAN ULAM2....HABIS BERLUBANG2..... TAPI SAYA TAK MARAH PUN...BIARLAH DIA PUN NAK MAKAN JUGA KAN.... DIA PUN NAK JAGA KESIHATAN....HEHEHHE...TAK PELAH DIA PUN MAKAN SIKIT JE..... 

BILA SAYA NAMPAK JE SAYA HALAU.....TAPI SAYA TAK SEMPAT PULAK NAK AMBIK GAMBAR DIA...ADA YANG WARNA COKLAT... ADA YANG WARNA KUNING...DAN ADA YANG WARNA HIJAU.... BUKAN MAIN SERONOK DEPA NI MAKAN ULAM2 SAYA..... 

JOM TENGOK...


POKOK TENGGEK BURUNG


POKOK SELASIH

 

 

 

NI LA RUPA BELALANG2 YANG SUKA MAKAN POKOK2 SAYA 

GAMBAR2 NI SAYA SEARCH KAT google....

MOHON TEMPEK SINI YE TUAN PUNYA GAMBAR..



CANTIK BETUL CIPTAAN ALLAH....... 

 


SELAMAT BERKEBUN.....

ASSALAMUALAIKUM......

SEJAK DUA TIGA HARI LEPAS HUJAN MEMBASAHI BUMI HAMPIR SETIAP HARI.... SYUKUR ALHAMDULLILLAH.... REZEKI ALLAH....BERI KITA UDARA YANG BERSIH... REZEKI TANAM-TANAMAN... DAN SEBAGAINYA..... 

POKOK2 PUN SEMAKIN SIHAT DAN GEMUK.... KERANA CUKUP AIR..CUKUP BAJA... CUKUP PENJAGAAN....DAN SEBAGAI BALASANNYA... IA MEMBEKALKAN OKSIGEN KEPADA KITA....UNTUK KITA BERNAFAS DAN MELAKUKAN AKTIVITI SEHARIAN.... SEMUA INI KEKUASAAN ALLAH YANG TIDAK TERKIRA NIKMATNYA....ALHAMDULLILLAH.....

JOM KITA TENGOK PERKEMBANGAN POKOK2 SAYA SEPANJANG MUSIM HUJAN NI.....


POKOK BAWANG PUTIH


POKOK BAYAM MALABAR


POKOK BELALAI GAJAH


POKOK BENDI


POKOK KADUK


POKOK KADUK


POKOK KARI


KERATAN BATANG KEMBOJA KUNING YANG DAH BERDAUN


POKOK LABU MANIS


POKOK PEGAGA



SEMAIAN ANAK2 ROSSELLE DAN CILI PADI



BUNGA TELANG


POKOK2 PENYERI LAMAN DAPUR


SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENSYUKURI NIKMAT ALLAH.... SELAMAT BERKEBUN YE KAWAN-KAWAN....

Friday 11 April 2014

KITAR SEMULA

ASSALAMUALAIKUM.......


Petang semalam aku membuat operasi 'mengemas' pokok2 di 'EDIBLE GARDEN'.  Mencantas mana2 yang patut...mencabut rumput2.... tapi belum siap sepenuhnya.... Hari ni akan disambung semula... harap2 hujung minggu ni siap la... Antara yang sempat kucantas semalam daun2 pisang kering...daun bunga kantan... daun limau purut dan rumput2 dalam pasu.... Bila dah cantas rasa sayang pulak nak buang...Maka aku pun mencincang2 daun2 kering dan rumput2 tersebut untuk dijadikan baja kompos.... tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal baja... tapi aku nak cerita pasal air mandian daun2 herba.  

Ni semua tercetus bila aku tunjuk gambar daun limau purut yang dah siap dicantas kat kawan aku.. aku xtau nak buat apa... nak buat masak tomyam banyak sangat... nak dibuang sayang... Dia pun bagi idea kat aku keringkan untuk buat air mandian... Malam semalam aku pun ambik daun limau tu dan terus gunting2... lepas tu nak bagi wangi aku campur la pulak dengan daun2 lain macam daun pandan...daun serai dan daun bunga kantan.....



DAUN LIMAU PURUT


DAUN PANDAN


DAUN SERAI


DAUN BUNGA KANTAN


DAH SIAP CINCANG


Bila dah cincang sedia untuk dikeringkan.... Balik rehat tengahari tadi aku ambil segenggam terus rebus dalam seperiuk air... perasaan xsabar punya pasal..hehehhehe


REBUSAN DAUN2 DI ATAS


AIR REBUSAN DAH TINGGAL SEPARUH

AIR REBUSAN YANG DAH DIMASUKKAN DALAM BALDI


CAMPUR DENGAN AIR PAIP

Aku campurkan dengan air dengan air paip dalam baldi dan sedia untuk digunakan... Lepas sental semua daki kat badan dan bilas dengan air baru aku mandi dengan air rebusan ni.... Rasa memang menyegarkan dan bau pun wangi... satu bilik air berbau limau purut..... Aku ucapkan banyak2 TQVM dekat kawan aku yang bagi cadangan tu... memang best..... Opps terlupa pulak sisa daun2 yang dah rebus tadi jangan buang... boleh ambil dan masukkan dalam tong kompos anda ye..... Semoga perkongsian ini berguna untuk semua disamping menjaga kehijauan alam...boleh juga dimanfaatkan untuk diri kita.....

SELAMAT BERKEBUN....

Wednesday 9 April 2014

SUATU MASA DAHULU

Assalamualaikum....

Masa membelek2 album lama aku terjumpa gambar2 lama "MY GARDEN" masa awal2 pindah dulu kalau tak silap hujung tahun 2011.... Masa mula2 pindah dulu kawasan keliling rumah ni memang tandus...tiada sebarang pokok pun nak hidup...sebab tanahnye terlalu keras..yela tanah bukit yang ditarah...tanah merah plak tu... Lagipun kat dalam tanah tu penuh dengan segala sisa2 binaan macam tile..kepingan genting... lebihan getah paip... bekas polisterin pun ada...sah ni memang kerja situkang rumah la kan.... Kalau ikut kata husband dia kata tanah ni x sesuai nak tanam apa pun..keras....huhuhuhu....Tapi aku jawab..."takpe kita kena la rawat..buang sisa2 binaan ni lepas tu korek dan buang tanah yang ada.... dan last sekali letak tanah baja....pastu baru kita tanam".... 

 

Bermulalah episod kami membersihkan tanah..mengorek..dan menambunkan tanah baja... di tepi rumah kami tu... Percaya atau tidak hampir 10 kereta sorong kot sisa2 x berguna yang kami buang.... Memang gigih suamiku mengorek tanah setiap petang hingga ke maghrib.... Lebih kurang sebulan lamanye...akhirnya barulah aku memulakan projek kebunku... mula2 beli tanah baja... ambil pokok2 kat rumah mak di kampung...dan tanam... Kat bawah ni aku tempekkan gambar2 awal kejadian taman dapur kesayangan ku ini ye...


 LAMANKU PADA AWAL TAHUN 2012













Diharap dapat memberikan inspirasi kepada kawan2 yang berminat nak berkebun tapi belum ada kekuatan.... Minat+usaha+jangan putus asa....Insyaallah.... Berjaya......

SELAMAT BERKEBUN.....

UPDATE EDIBLE GARDEN AWAL BULAN

Assalamualaikum.. dh lama x menulis.. bulan April memang bulan sibuk saya... sekarang ni musim Final Exam kt tempat keje saya tu... yela masa ni la nk kena masukkan markah student..nak menanda tugasan2... dan nak tanda paper final diorg... huhuhu.. Tapi aktiviti berkebun memang sentiasa ada cuma x sempat nk masukkan dalam Blog.. yang sempat disnap pun ala kadar je....  Jemputlah tengok2 apa yang ada ye....

 

ANAK2 POKOK YANG BARU DIALIH

ANAK2 ROSSELLE

ANAK2 ROSSELLE YANG DAH DIALIH KE POLYBAG

ANAK2 CILI PADI DALAM POLYBAG



ANAK BUNGA KEMBOJA PINK


PASU UNTUK BUNGA KEMBOJA


DAH SIAP DIALIH KE PASU




YANG BERPUCUK DAN BERDAUN

BAYAM MALABAR SEMAIAN BERUSIA 2 MINGGU:






JARUM TUJUH BILAH


KAILAN YANG DAH BOLEH DIPETIK


SAWI


SAWI DEPAN RUMAH


STEVIA



YANG SEDANG BERBUNGA DAN BERBUAH




KACANG ULAR


YANG BARU DISEMAI

BAWANG PUTIH

SAWI PAK COI


KAILAN


KANGKUNG

 SELAMAT BERKEBUN...