Tuesday 29 November 2016

My garden after a raining day


Semenjak kecil saya amat sukakan cuaca selepas hujan.  Suasana yang sejuk dan nyaman membuatkan saya rasa segar.  Otak saya berada pada zon fresh sambil menikmati keindahan tumbuhan alam ciptaan Allah yang Esa.  Setiap kali selepas hujan saya pasti akan melihat keluar tingkap untuk melihat suasana di luar.  Tidak kiralah di mana saya berada, saya pasti akan melakukan perkara yang sama.  Titisan air pada dedaun yang hijau membuatkan saya gembira.  Nikmat Allah yang bagi saya tiada tandingannya....













Sunday 20 November 2016

BANANA SPRING ROLL @ Popia Pisang

Minggu lepas member saya bagi dua sikat pisang montel. Besar-besar pisangnya.  Saya buat cucur..kek pisang.. dan anak pun suka makan begitu saja.  Masih berbaki lagi saya pun cuba buat popia pisang.   Saya menggunakan kulit popia yang saya buat sendiri.  Boleh juga kalau nak guna kulit popia segera tu. 
Rupa-rupanye sedap popia pisang ni ye.. makan pulak dengan madu dan parutan coklat masakkan memang sedap.  Makan pulak panas-panas.  Sesuai dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.




Jom kita tengok cara-cara menyediakannya:
 

Belah pisang kepada dua


Sediakan kulit popia (saya menggunakan kulit popia yang saya buat sendiri)


Sapukan buttercup pada kulit popia dan letakkan pisang


Gulung pisang seperti gambar

Goreng popia dengan sedikit minyak hingga garing


Sedia dihidang panas-panas, hiaskan dengan parutan coklat masakan dan enak dimakan bersama madu.






**SELAMAT MENCUBA**

Wednesday 16 November 2016

BER MIENG KHAM DENGAN KADUK DI LAMAN....


Kat kebun kecil saya pokok kaduk hidup subur menghijau.. memang geram tengok sebab daunnya berkilat-kilat dan lebar.... hari ni saya cuba buat Mieng Kham sejenis pembuka selera masyarakat Thailand ni.  Sejujurnya saya pun belum pernah makan Mieng Kham.

Maka Resepi cari kat Goggle je.


Mari Kita tengok resepinya ye..

Resepi Sos Mieng Kham:



6 Ketul gula melaka
1/2 cawan air
*1/2 cawan kelapa parut (di goreng tanpa minyak)
*1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
*1/2 cawan udang kering (digoreng tanpa minyak)

Cara2nya:
Bahan bertanda dikisar kering sampai halus.  Masukkan ke dalam periuk bersama air dan gula melaka. Masak sampai pekat. Sejukkan.


Bahan-bahan Mieng Kham:
Daun Kaduk (Basuh dan lap kering)
Udang kering basuh, toskan (goreng tanpa minyak)
Kacang tanah (goreng tanpa minyak)
Hirisan kelapa (goreng tanpa minyak)
Bawang besar dipotong dadu kasar
Limau nipis dibuang kulit dan didadu kasar
Hirisan cili padi


Cara-cara makan:

Ambil daun kaduk.  Sapukan dengan sos Mieng Kham.
Letakkan semua bahan-bahan dan lipat kemas daun. Sedia untuk  dimakan.

Letakkan bahan2 Mieng Kham di atas daun kaduk

Lipat daun kemas2

Resepi yang saya share ni sesuai untuk 20 orang makan.  Jadi saya bawa sikit ke ofis. Mula2 tengok ramai yang takut nak cuba.  Tapi sekali cuba terus xboleh berhenti mengunyah.  Kata orang jadi ketagih pulak.  Memang sedap....

Alhamdulillah bertuah saya kerana ada kebun kecil tepi rumah.  Benih kaduk ni saya bawa dari kampung.  Dapat jugak kawan2 merasa makan Mieng Kham ni..

Untuk kawan2 opis


Tuesday 15 November 2016

Busut...oo...busut...

Kat bawah pokok bunga kantan kebun sekangkang kera saya ada satu busut saiz diameter hampir 10inci.. nak dipecahkan takut anai2 dalam tu mengganas masuk ke rumah..

Ada orang kata tuang minyak gas.. tapi saya xtau nak tuang kat mana.. nak dilubangkan baru tuang ke.. kusut je fikiran bila tengok busut ni... risau tengok saiznya yang semakin membesar... kalau tengok betul2 pada gambar nombor 3...sebelah busut tu dah ada busut baru..betul2 tepi tunas pokok kantan...

Agak2 apa cara yang sesuai untuk buang busut ni...










Monday 14 November 2016

TROW BACK 2 MINGGU LEPAS...

Aktiviti mengemas kebun kecil... banyak rumput dan ranting yang perlu dibersihkan dan dipotong.... pokok2 disusun semula...daun2 kering n ranting mati dibuang...









Syukur Alhamdulillah.....


Cuaca sekarang ni memang sesuai bercucuk tanam.. harap2 tanaman keliling rumah dapat hidup subur menghijau.....

Setelah lebih dua tahun tidak menulis... rindu dah dengan blog ni...insyaallah semoga diberi peluang untuk berkongsi cerita tentang tumbuhan dengan rakan semua...

Jom tengok apa yang ada di kebun saya sekarang... anak2 sawi dan kailan yang baru disemai....

Wednesday 19 November 2014

SETELAH ENAM BULAN

Assalamualaikum....


Dah lama rasanye tak menulis di sini..... Sejak pregnant anak ke-tiga ni rasa malas je nak menulis.... Edible Garden pun kadang2 rajin...kadang malas nak tengok.....Kesian jugak tengok kebun sejemput kat tepi rumah ni macam tak berjaga je....kalau rajin siram...kalau tak..tunggu hujan jela......


Tinggal sebulan je lagi InsyaAllah baby baru akan keluar melihat dunia..... Nak berjalan pun macam dah tak larat...kaki dah kebas2.... tapi keinginan nak berkebun tiba2 ada pulak...sejak dua minggu yang lepas dek kerana keinginan yang kuat... tuan tanah sejemput ni pun menggagahkan diri menyusun atur dan mengemaskan Edible Gardennya... mmmmm...banyak pokok2 yang perlukan pemulihan....mencabut rumput yang penuh dalam pasu...gemburkan tanah yang dah mampat...buang pokok2 yang dah mati... potong dahan2 pokok yang dah tua....


Alhamdullillah walaupun tak secantik sebelumnya... tukang kebun berpuas hati... yang penting dah tak semak dan tenang mata memandang..... walaupun badan rasa lenguh dan penat... bila tengok kehijauan laman.. bagaikan satu terapi yang membuatkan tukang kebun mampu tersenyum ceria....


Dah banyak membebel eloklah kita tengok macam mana rupanya EDIBLE GARDEN tukang kebun selapas operasi pembersihan...

 

*Abaikankan kalau nampak rumput yang tinggi berdiri  kat rumah jiran tukang kebun tu... nanti dia buang la.... tak kan 'aku pulak yang nak g potong kan'...heheheheh



Bahagian Depan Rumah















 Bahagian Tepi Rumah














Gambar2 ni baru pagi tadi tukang kebun ambil...sebelum pergi kerja...sempat la snap beberapa gambar... mmmmm...memang tak secatik dulu kan.... tapi untuk keadaan tukang kebun yang semakin sarat ni ok la kot....


Azam tahun baru 2015......lepas habis cuti berpantang nanti tukang kebun nak buat susun atur baru kat EDIBLE GARDEN ni... harap2 impian ni jadi kenyataan.....