Wednesday 19 March 2014

MY EDIBLE GARDEN UPDATE

ASSALAMUALAIKUM...


Sedar tak sedar dah masuk minggu ke tiga bulan Mac.  Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru je kita melangkah ke tahun 2014.  Begitu pantas, siang dan malam bertukar ganti sampai tak sedar kadang-kadang 24jam masa berlalu tanpa sempat melakukan aktiviti yang bermanafaat.  


Musim hujan sudah menjelma semula membuat semua aktiviti berkebun diwaktu petang terpaksa ditangguhkan...namun aku tetap bersyukur kerana semua tanaman di halaman rumah telah kembali segar dan hijau... Itulah hikmah alam yang ALLAH beri kepada kita...setiap apa yang diberi membawa seribu RAHMAT yang tak mampu difikir dek akal manusia..... Kadang2 kita sebagai manusia yang lemah ni sentiasa beremosi tanpa berfikir secara waras.... namun sebagai insan yang diberi akal kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan seterusnya bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan kepada kita...


Bagi aku cukup dengan hanya melihat tanaman yang ada di sekeliling rumah aku mampu menenangkan fikiran yang berserabut...menyegarkan badan yang lemah...dan menyedarkan diri yang sentiasa alpa dengan kebesaran dan tuntutan ALLAH kepada hambanya....  



Sepanjang musim hujan ni bayak perkembangan pokok2 yang sempat aku snap untuk dikongsikan pada semua....

TAMAN ULAM-ULAMAN

 

ANEKA ULAM-ULAMAN

 

ANAK2 BENDI YANG BARU DIPINDAHKAN 16/03/2014

 

ANAK2 CILI DARI BENIH TABUR (TAK TAU JENIS APA)

 

BARISAN POKOK BELALAI GAJAH

 

BUNGA KANTAN YANG SEMAKIN GALAK BERBUNGA

 

POKOK CILI BESAR DALAM POLYBEG DAN BERBUNGA

 

POKOK CILI YANG TAK PUTUS BERBUAH SEJAK MUSIM PANAS

 

POKOK GINSENG JAWA / POKOK AKAR SOM

 

POKOK KACANG ULAR YANG SEMAKIN MERIAH BERPUCUK SEJAK MUSIM HUJAN

 

ANAK2 KAILAN BARU PINDAH RUMAH 16/03/2014

 

DAUN KUNYIT

 

SUSUNAN BARU SAMBUNG NYAWA

 

ANAK2 SAWI BARU DUA MINGGU PINDAH 9/03/2014

 

POKOK SELASIH YANG SUBUR MENGHIJAU

 

POKOK TOMATO GANTUNG BERBUNGA TAPI XTAU BILA NAK BERBUAH


Semoga kita semua sentiasa menghargai kehijauan alam dan bersyukur dengan nikmat kehidupan yang ALLAH berikan kepada kita..... SELAMAT BERKEBUN......


2 comments:

  1. masyaAllah....banyaknya pokok....subur2 belaka

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah... janji ada tanah cucuk.. sampai x tau nk cucuk kt mana dah..xmuat...hehehe.... tapi ada jugak pokok yang xhidup mcm daun kesum.. asyik mati je... hayatnya x lama....

    ReplyDelete