Thursday 20 February 2014

AKHIRNYA IMPIAN TERLAKSANA

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat yang penuh berkat ini kutujukan khas buat sesiapa saja yang membaca BLOG ini... Impian untuk menulis di sini akhirnya terlaksana jua.... Selama ini aku hanya menjadi pembaca setia blog2 tanaman orang.... aku membaca tetapi tidak meninggalkan apa jejak pada laman2 blog yang aku kunjungi.... orang kata 'pembaca senyap'...

 

Hobi ini adalah caraku untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan fikiran dek kerana kesibukan harian dengan kerja2 ofis dan kerja2 menguruskan keluarga .  Kalau satu hari nak tengok blog tanaman ni aku rasa hidup ni x lengkap.... macam orang bercinta yang x dapat jumpa kekasih pulak...hehehee.... Blog2 yang selalu aku kunjungi antaranya seperti Semua Menjadi, Aku Di Fiji Islands, Green Fingers dan banyak lagi nak sebut semua x mampu... Tak kisah lah blog tu sapa punya aku akan baca... dapat baca satu blog pastu aku akan lawat pulak kawan2 Blogger tu.... Daripada lawatan dan bacaan tersebut aku pun buat la 'Eksperimen' kat Laman Dapur... penuh keliling rumah habis ku cucukkan dengan pokok.  Seronok bila apa yang kita baca tu diaplikasikan secara realiti......

 

Sejak kecil lagi aku diajar untuk berkebun.  Ayahku seorang pekebun TEGAR, memang aktiviti hariannya sentiasa dipenuhi dengan berkebun... Sejak berumur 5 tahun aku sudah terjebak dengan aktiviti kebun, koko, kelapa, pisang, kelapa sawit semua itu mainanku dan adik2 satu masa dulu..... Malah kenangan itu menjadi kenangan manis untuk kami dik beradik.... Kesannya sehingga kini kami adik beradik terbawa2 pulak 'habit' yang bagi ku sungguh menyeronokkan ini.. Walaupun masing2 dah bekeluarga minat ni masih diteruskan... Tapi apa yang kami tanam bukanlah koko, kelapa, pisang, kelapa sawit... cuma tanam apa yang boleh di tanah 'Sekangkang kera' di tepi rumah je.. (Insyaallah kalau ada rezeki bleh beli kebun betul plak..hehehe)....  Hasilnye untuk makan keluarga sendiri dan kadang2 kalau lebih diberi pada kawan2.... Aku mula menanam2 ni sejak duduk di rumah sewa masa di IPT lagi... Aku tanam cili, kacang panjang dan rosselle.... Sampai lah ke hari ini, pantang ada je tempat nak tanam aku pun memulakan operasi.  Nampak je nerseri bunga dan pokok aku akan singgah... Beli tanah, benih2 dan kalau rajin anak pokok pun aku beli..... Aku lagi suka mengadap pokok2 dari buat benda lain...heheheh.  Orang kata kalau dah minat sanggup buat apa saja kan.....

 

Dah banyak aku cerita untuk pembukaan BLOG aku ni ye... dah macam bagi ucapan pulak... bukan apa seronok bebenor rasanya ni.... Aku nak ucapkan terima kasih pada Blogger2 kegemaranku yang sentiasa update status, kalian la pengubat tress harian ku ini.... Kalau sehari x baca apa yang korang tempek kat blog korang hidup ni x berseri lah.....

Cukupla kot untuk kali ni... kat sini aku tempekkan gambo yang boleh korang tengok2 apa yang ada kat tanah 'sekangkang kera' aku tu ye.... bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi kegembiraan dengan semua....

Selamat berkenalan semua.....



5 comments:

  1. Terbaik katy.....tumpang gembira dgn melihat kehijauan tanaman itu. Geram tgk bunga kantan, aku punya smp la ni mcm nak tak nak hidup je..huhuhu

    ReplyDelete
  2. CikSitiBunga... hehehe... yang aku tanam tu pun setahun baru keluar bunga... xpe yang penting jgn putus asa... baja n siram selalu....

    ReplyDelete
  3. wawawawa! meriah kebunnya, paling jeles kat pkk bunga kantan tu, banuayknya bunga dia. tahniah, selamat berkebun.

    ReplyDelete
  4. smRose... hehehh.... Alhamdullillah menjadi.... bila dah berbunga makin banyak.... tapi nak bagi keluar bunga tu yang lama.....

    ReplyDelete
  5. Meh Kita berkebun Ramai- Ramai dan selamatkan bumi.

    ReplyDelete