Assalamualaikum....
Dah lama rasanye tak menulis di sini..... Sejak pregnant anak ke-tiga ni rasa malas je nak menulis.... Edible Garden pun kadang2 rajin...kadang malas nak tengok.....Kesian jugak tengok kebun sejemput kat tepi rumah ni macam tak berjaga je....kalau rajin siram...kalau tak..tunggu hujan jela......
Tinggal sebulan je lagi InsyaAllah baby baru akan keluar melihat dunia..... Nak berjalan pun macam dah tak larat...kaki dah kebas2.... tapi keinginan nak berkebun tiba2 ada pulak...sejak dua minggu yang lepas dek kerana keinginan yang kuat... tuan tanah sejemput ni pun menggagahkan diri menyusun atur dan mengemaskan Edible Gardennya... mmmmm...banyak pokok2 yang perlukan pemulihan....mencabut rumput yang penuh dalam pasu...gemburkan tanah yang dah mampat...buang pokok2 yang dah mati... potong dahan2 pokok yang dah tua....
Alhamdullillah walaupun tak secantik sebelumnya... tukang kebun berpuas hati... yang penting dah tak semak dan tenang mata memandang..... walaupun badan rasa lenguh dan penat... bila tengok kehijauan laman.. bagaikan satu terapi yang membuatkan tukang kebun mampu tersenyum ceria....
Dah banyak membebel eloklah kita tengok macam mana rupanya EDIBLE GARDEN tukang kebun selapas operasi pembersihan...
*Abaikankan kalau nampak rumput yang tinggi berdiri kat rumah jiran tukang kebun tu... nanti dia buang la.... tak kan 'aku pulak yang nak g potong kan'...heheheheh
Bahagian Depan Rumah
Bahagian Tepi Rumah
Gambar2 ni baru pagi tadi tukang kebun ambil...sebelum pergi kerja...sempat la snap beberapa gambar... mmmmm...memang tak secatik dulu kan.... tapi untuk keadaan tukang kebun yang semakin sarat ni ok la kot....
Azam tahun baru 2015......lepas habis cuti berpantang nanti
tukang kebun nak buat susun atur baru kat EDIBLE GARDEN ni... harap2
impian ni jadi kenyataan.....