SAYUR MERANTI
POKOK MERANTI (SAYUR) YANG MENUMPANG DALAM PASU POKOK BUNGA MELUR
Asalnya pasu ni pasu pokok bunga melur. Masa balik kampung bulan lepas pokok melur ni habis kering dan layu.. Aku potong semua dahan tinggalkan tunggul pokok je.... supaya tumbuh pucuk baru..... Tak lama lepas tu ada anak pokok yang tumbuh. Mungkin benih dari tanah yang aku beli kat nurseri kot.....Rupanya pokok sayur meranti....
Aku pun biarkan sampailah jadi macam gambar....Pokok Bunga Melur tu tak nampak sebab rimbunan daun meranti tu banyak sangat.... Sayur meranti sedap buat masak lemak putih makan dengan ikan goreng dan sambal belacan... Fuhh sedap..... Maka hari ahad yang lepas aku pun tuai la... dapat la satu bakul kecik macam gambar kat bawah.... Lalu ku jadikan masak lemak yang dimakan dengan menu kat bawah tu....
SEBELUM DITUAI
SELEPAS DITUAI
Korang nampak tak pokok bunga melur yang baru nak berpucuk tu.... aku tak potong habis pokok meranti tu sebab akan datang boleh tuai lagi.......
SEDIA UNTUK DIMASAK
DAH SIAP MASAK LEMAK CAMPUR DENGAN LOBAK MERAH
Salam Tuan, Nak beli bnih sayur meranti boleh ke dari Tuan?
ReplyDeletewasalam..
ReplyDeletemaaf saya xda benih meranti...pokok meranti tu dah lama dah.. dh mati... itu pun hidup sendiri...