ASSALAMUALAIKUM...
Sedar tak sedar dah masuk minggu ke tiga bulan Mac. Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru je kita melangkah ke tahun 2014. Begitu pantas, siang dan malam bertukar ganti sampai tak sedar kadang-kadang 24jam masa berlalu tanpa sempat melakukan aktiviti yang bermanafaat.
Musim hujan sudah menjelma semula membuat semua aktiviti berkebun diwaktu petang terpaksa ditangguhkan...namun aku tetap bersyukur kerana semua tanaman di halaman rumah telah kembali segar dan hijau... Itulah hikmah alam yang ALLAH beri kepada kita...setiap apa yang diberi membawa seribu RAHMAT yang tak mampu difikir dek akal manusia..... Kadang2 kita sebagai manusia yang lemah ni sentiasa beremosi tanpa berfikir secara waras.... namun sebagai insan yang diberi akal kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan seterusnya bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan kepada kita...
Bagi aku cukup dengan hanya melihat tanaman yang ada di sekeliling rumah aku mampu menenangkan fikiran yang berserabut...menyegarkan badan yang lemah...dan menyedarkan diri yang sentiasa alpa dengan kebesaran dan tuntutan ALLAH kepada hambanya....
Sepanjang musim hujan ni bayak perkembangan pokok2 yang sempat aku snap untuk dikongsikan pada semua....
TAMAN ULAM-ULAMAN |
ANEKA ULAM-ULAMAN |
ANAK2 BENDI YANG BARU DIPINDAHKAN 16/03/2014 |
ANAK2 CILI DARI BENIH TABUR (TAK TAU JENIS APA) |
BARISAN POKOK BELALAI GAJAH |
BUNGA KANTAN YANG SEMAKIN GALAK BERBUNGA |
POKOK CILI BESAR DALAM POLYBEG DAN BERBUNGA |
POKOK CILI YANG TAK PUTUS BERBUAH SEJAK MUSIM PANAS |
POKOK GINSENG JAWA / POKOK AKAR SOM |
POKOK KACANG ULAR YANG SEMAKIN MERIAH BERPUCUK SEJAK MUSIM HUJAN |
ANAK2 KAILAN BARU PINDAH RUMAH 16/03/2014 |
DAUN KUNYIT |
SUSUNAN BARU SAMBUNG NYAWA |
ANAK2 SAWI BARU DUA MINGGU PINDAH 9/03/2014 |
POKOK SELASIH YANG SUBUR MENGHIJAU |
POKOK TOMATO GANTUNG BERBUNGA TAPI XTAU BILA NAK BERBUAH |
masyaAllah....banyaknya pokok....subur2 belaka
ReplyDeleteAlhamdullillah... janji ada tanah cucuk.. sampai x tau nk cucuk kt mana dah..xmuat...hehehe.... tapi ada jugak pokok yang xhidup mcm daun kesum.. asyik mati je... hayatnya x lama....
ReplyDelete