Tuesday 25 February 2014

ULAM-ULAMAN PENYEDAP SANTAPAN

BUDU...CENCALUK.... TEMPOYAK.. SAMBAL BELACAN...... memamg enak kalau dimakan bersama ulam-ulaman lepas tu makan dengan nasi panas disamping lauk pauk..... bertambah2 nasi tak sedar perut dah kenyang......heheheh.......

ULAM-ULAMAN YANG SEDIA DIMAKAN


CEKUR

PEGAGA

SELASIH


SERAI KAYU / DAUN SALAM

SAMBUNG NYAWA

PUCUK GAJUS

KADUK

BELALAI GAJAH


SAYUR-SAYURAN DIMUSIM PANAS

ROSSELLE

MULBERY YANG BARU NAK MERANUM

KANGKUNG DALAM TAYAR TERPAKAI

SAWI SEMAIAN 23/2/2014

KAILAN BATCH KEDUA

 KAILAN BATCH PERTAMA

KACANG ULAR YANG BARU BELAJAR MEMANJAT

POKOK CILI BESAR BENIH PASARAYA

ANAK BENDI TARIKH SEMAIAN 13/2/2014

ANAK KACANG BOTOL YANG MENUGGU MASA UNTUK DIALIHKAN



TOMATO YANG BARU BELAJAR BERBUNGA

SATU-SATUNYA ANAK LABU MANIS YANG HIDUP


Sunday 23 February 2014

HARI-HARI INDAH

Kemboja

Setiap pagi aku akan memandang pokok2 yang ada di sekeliling laman rumah membuatkan aku merasai suasana nyaman dan tenang.... Melihat pada cantiknya ciptaan Allah ini membuatkan diri ini terasa begitu kerdil dan banyak kekurangan..... Di kala hati dihujani perasaan marah...risau... dan kecewa... tumbuhan dan kehijauan lah yang menjadi pengubatnya... 

 

Kesidang

 

 

 

 

Bagi aku pokok2 merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai bagi kita dan seharusnya kita bersyukur kerana dari pokok2 lah dunia ini hidup...Oksigen yang diberikan Allah melalui pokok2 ini lah yang kita semua hirup setiap hari....pokok2 juga lah yang memberi keseimbangan kepada ekosistem alam... begitu besar kuasamu Ya Allah..... Melihat kepada indahnya ciptaan Allah ini membuat aku sentiasa memikirkan penciptanya... sesungguhnya Allah itu Maha Besar... setiap yang diciptakanNYA itu mempunyai sebab tersendiri....


 


POKOK TERUNG MISTERI

Assalamualaikum....

Beberapa bulan yang lepas sedang aku membersihkan rumput dan menggembur tanah di dalam salah satu pasu bunga melati... aku terjumpa anak pokok yang macam pokok terung, saiznya lebih kurang 4 inci tinggi.  dan daunnya cantik hijau dan subur pulak.  Tapi aku xpasti terung apakah jenis terung yang tumbuh tu... dek kerana sifat ingin tau itu, aku pun mengorek anak terung tersebut dan pindahkannya ke dalam poly bag dan letakkannya di bawah pokok pisang di tepi rumah.  

 

Hari demi hari aku jaga dan beri baja pokok terung tu pun membesar.... sehingga lebar daunnya mencecah hampir sebesar pinggan tapi tidak kelihatan tanda2 hendak berbunga pun... dengan perasaan yang tak sabar nak tau pokok terung apa aku pun pindahkannya atas tanah di tepi pagar.  Dengan harapan pokok terung tu berbuah cepat.  Akhirnya pada awal Februari pokok terung tu pun berbunga..banyak la jugak bunga2 yang keluar dari celah2 daun..... apa lagi melihat bunga tu aku terus tersenyum sendiri... hendak ketawa pun ada.... rupanya pokok terung yang aku jaga dan belai selama ni pokok TERUNG PIPIT.. orang2 jawa kampung aku panggil TERUNG CEMPOKAK... mmmmm kalau masa kecik2 dulu terung ni buat main baling2 @ peluru senapang kayu..... 

 

Kalau dekat kampung dulu pokok ni banyak tumbuh kat tepi jalan.....aku selalu ambik sebab mak aku suka campur dalam sambal belacan masak.  Memang sedap sambal tu makan pulak dengan masak lemak umbut kelapa... nasi panas2... ikan goreng...fuh..rasa terung pipit yang digigit meletup dalam mulut....memang terangkat....makan sampai pepeluh2.......Sekarang aku xpasti ada lagi ke tidak pokok ni kat kampung aku..... mak aku pun dah lama x buat sambal belacan masak tu... xda orang nak makan katanya..... maklumlah semua anak2 dah bekerja yang tinggal mak ngan abah aku je...

 

Minggu lepas dua tiga kuntum bunga2 terung ni dah jadi buah... baru mula belajar berbuah... adalah tiga empat biji..... yang bunga lain belum jadi buah lagi....  harap2 bila dah berbuah banyak nanti bolehlah aku buat sambal belacan masak terung pipit tu.... Gambar2 yang aku sempat ambil untuk tatapan korang semua....  

 

 

Hasil dari carian di WIKIPEDIA aku TEMPEKKAN serba sedikit maklumat berkaitan Pokok Terung Pipit untuk rujukan kita semua..... SELAMAT BERKEBUN.........

 

Terung pipit juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

 

Khasiat

Secara saintifik

Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.


Secara tradisi 

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

 

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. [1] Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[2], [3] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs). [4]

 

"Maklumat di atas diambil dari Wikipedia sepenuhnya".


Pokok Terung Pipit Di Laman Dapurku

Bunga Terung Pipit

 

Buah Terung yang baru muncul

Thursday 20 February 2014

AKHIRNYA IMPIAN TERLAKSANA

Assalamualaikum.....

Salam Jumaat yang penuh berkat ini kutujukan khas buat sesiapa saja yang membaca BLOG ini... Impian untuk menulis di sini akhirnya terlaksana jua.... Selama ini aku hanya menjadi pembaca setia blog2 tanaman orang.... aku membaca tetapi tidak meninggalkan apa jejak pada laman2 blog yang aku kunjungi.... orang kata 'pembaca senyap'...

 

Hobi ini adalah caraku untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan fikiran dek kerana kesibukan harian dengan kerja2 ofis dan kerja2 menguruskan keluarga .  Kalau satu hari nak tengok blog tanaman ni aku rasa hidup ni x lengkap.... macam orang bercinta yang x dapat jumpa kekasih pulak...hehehee.... Blog2 yang selalu aku kunjungi antaranya seperti Semua Menjadi, Aku Di Fiji Islands, Green Fingers dan banyak lagi nak sebut semua x mampu... Tak kisah lah blog tu sapa punya aku akan baca... dapat baca satu blog pastu aku akan lawat pulak kawan2 Blogger tu.... Daripada lawatan dan bacaan tersebut aku pun buat la 'Eksperimen' kat Laman Dapur... penuh keliling rumah habis ku cucukkan dengan pokok.  Seronok bila apa yang kita baca tu diaplikasikan secara realiti......

 

Sejak kecil lagi aku diajar untuk berkebun.  Ayahku seorang pekebun TEGAR, memang aktiviti hariannya sentiasa dipenuhi dengan berkebun... Sejak berumur 5 tahun aku sudah terjebak dengan aktiviti kebun, koko, kelapa, pisang, kelapa sawit semua itu mainanku dan adik2 satu masa dulu..... Malah kenangan itu menjadi kenangan manis untuk kami dik beradik.... Kesannya sehingga kini kami adik beradik terbawa2 pulak 'habit' yang bagi ku sungguh menyeronokkan ini.. Walaupun masing2 dah bekeluarga minat ni masih diteruskan... Tapi apa yang kami tanam bukanlah koko, kelapa, pisang, kelapa sawit... cuma tanam apa yang boleh di tanah 'Sekangkang kera' di tepi rumah je.. (Insyaallah kalau ada rezeki bleh beli kebun betul plak..hehehe)....  Hasilnye untuk makan keluarga sendiri dan kadang2 kalau lebih diberi pada kawan2.... Aku mula menanam2 ni sejak duduk di rumah sewa masa di IPT lagi... Aku tanam cili, kacang panjang dan rosselle.... Sampai lah ke hari ini, pantang ada je tempat nak tanam aku pun memulakan operasi.  Nampak je nerseri bunga dan pokok aku akan singgah... Beli tanah, benih2 dan kalau rajin anak pokok pun aku beli..... Aku lagi suka mengadap pokok2 dari buat benda lain...heheheh.  Orang kata kalau dah minat sanggup buat apa saja kan.....

 

Dah banyak aku cerita untuk pembukaan BLOG aku ni ye... dah macam bagi ucapan pulak... bukan apa seronok bebenor rasanya ni.... Aku nak ucapkan terima kasih pada Blogger2 kegemaranku yang sentiasa update status, kalian la pengubat tress harian ku ini.... Kalau sehari x baca apa yang korang tempek kat blog korang hidup ni x berseri lah.....

Cukupla kot untuk kali ni... kat sini aku tempekkan gambo yang boleh korang tengok2 apa yang ada kat tanah 'sekangkang kera' aku tu ye.... bukan nak menunjuk2 tapi nak kongsi kegembiraan dengan semua....

Selamat berkenalan semua.....