Thursday, 27 March 2014

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

ASSALAMUALAIKUM....


SEMUT.... MESTI KITA RASA GERAM KALAU NAMPAK SEMUT ATAS MEJA MAKAN RUMAH KITA ATAU MENGHURUNG POKOK DAN PASU TANAMAN KITA KAN..... LANTAS KITA PUN MENCARI ALTERNATIF UNTUK MEMBUNUH SEMUT2 TU...KALAU BOLEH NAK NAK BUNUH SATU SARANG SEKALI.... MULALAH KITA MENJEJAKI PUNCA JALURAN SEMUT SUPAYA SENANG KITA MUSNAHKAN KETURUNANNYA NANTI.... SAYA PUN TIDAK KETINGGALAN MEMBUAT PERKARA YANG SAMA... SHELTOX...BAIGON...DAN SEBAGAINYA.... DAH SEMBUR HABIS SATU SARANG BERGELIMPANGAN....DALAM HATI RASA GEMBIRA KERANA DAPAT MEMUSNAHKAN MAKHLUK KERDIL YANG SENTIASA LIGAT BERGERAK UNTUK MENGHURUNG DAN MENGANGKUT BENDA YANG BOLEH DIJADIKAN MAKANAN MEREKA......... TAPI  KAWAN2 SEDARKAH KITA APA YANG KITA BUAT ITU SEBENARNYA KESALAHAN YANG CUKUP BESAR... ADA HADIS QUDSI YANG MENYATAKAN WAHYU ALLAH BERKAITAN DENGAN PERBUATAN MEMBUNUH SEMUT...


DIPETIK DARI MAJALAH SOLUSI - ISU 66

SEMOGA DENGAN PERKONGSIAN INI KITA DAPAT MENCARI ALTERNATIF LAIN UNTUK MENGURANGKAN POPULASI SEMUT DI RUMAH DAN DI HALAMAN KITA,,,INSYAALLAH.... SELAMAT BERKEBUN.....

Wednesday, 26 March 2014

BUNGA KAKTUS

KAKTUS BERBUNGA KUNING YANG DAH LAMA ADA DI LAMAN.... DIBELI DI CAMERON HIGHLAND DUA TAHUN LEPAS....TAK BOLEH TERLEBIH AIR NANTI BUSUK....TAPI DAH BERAPA KALI KECUT SEBAB TAK CUKUP AIR KERANA CUACA TERLALU PANAS.... BARU DUA KALI BERBUNGA SEPANJANG HAYATNYA DI MERLIMAU....

SEMOGA KAKTUS NI SIHAT.... DAN TERUS MENGELUARKAN BUNGA UNTUK MASA AKAN DATANG..



SELAMAT BERKEBUN........

Sunday, 23 March 2014

BENIH KEMBOJA

ASSALAMUALAIKUM.....


KEMBOJA DAH MENGELUARKAN BENIH..... LEPAS NI DAH BOLEH SEMAI BERPASU2 POKOK KEMBOJA BERBUNGA PINK NI.... 


CLOSE UP BENIH YANG DAH PECAH
WARNANYA BERKILAT MACAM EMAS PUN ADA
DAH MASUK DALAM BEKAS
YANG DAH DITIUP ANGIN
NI LA RUPA BUNGA DIA

DARI SEBATANG BENIH NI BOLEH DAPAT BANYAK ANAK POKOK.... KALAU DAH PECAH BENIH NI KENA CEPAT AMBIK SEBAB SENANG DITERBANGKAN ANGIN...DULU DAH PERNAH JADI MASA SAYA BALIK KAMPUNG CUTI BERSALIN, HABIS SEMUA TAK SEMPAT NAK KUTIP.... CUMA DAPAT SEMAI ENAM POKOK, TU PUN JUMPA KAT TEPI RAK KASUT MASA MENYAPU SELEPAS HABIS PANTANG.... MMM... KALI NI ALHAMDULLILLAH SEMPAT KUTIP SEMUA CUMA NAK MENCARI MASA SESUAI UNTUK MENYEMAI HEHEHEH.... 

INSYAALLAH AKAN KU CUBA MENCARI MASA TU... NANTI KALAU DAH HIDUP AKAN KU TEMPEKKAN KAT SINI.... OK...SELAMAT BERKEBUN.....

Wednesday, 19 March 2014

MY EDIBLE GARDEN UPDATE

ASSALAMUALAIKUM...


Sedar tak sedar dah masuk minggu ke tiga bulan Mac.  Cepat betul masa berlalu, rasa macam baru je kita melangkah ke tahun 2014.  Begitu pantas, siang dan malam bertukar ganti sampai tak sedar kadang-kadang 24jam masa berlalu tanpa sempat melakukan aktiviti yang bermanafaat.  


Musim hujan sudah menjelma semula membuat semua aktiviti berkebun diwaktu petang terpaksa ditangguhkan...namun aku tetap bersyukur kerana semua tanaman di halaman rumah telah kembali segar dan hijau... Itulah hikmah alam yang ALLAH beri kepada kita...setiap apa yang diberi membawa seribu RAHMAT yang tak mampu difikir dek akal manusia..... Kadang2 kita sebagai manusia yang lemah ni sentiasa beremosi tanpa berfikir secara waras.... namun sebagai insan yang diberi akal kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan seterusnya bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan kepada kita...


Bagi aku cukup dengan hanya melihat tanaman yang ada di sekeliling rumah aku mampu menenangkan fikiran yang berserabut...menyegarkan badan yang lemah...dan menyedarkan diri yang sentiasa alpa dengan kebesaran dan tuntutan ALLAH kepada hambanya....  



Sepanjang musim hujan ni bayak perkembangan pokok2 yang sempat aku snap untuk dikongsikan pada semua....

TAMAN ULAM-ULAMAN

 

ANEKA ULAM-ULAMAN

 

ANAK2 BENDI YANG BARU DIPINDAHKAN 16/03/2014

 

ANAK2 CILI DARI BENIH TABUR (TAK TAU JENIS APA)

 

BARISAN POKOK BELALAI GAJAH

 

BUNGA KANTAN YANG SEMAKIN GALAK BERBUNGA

 

POKOK CILI BESAR DALAM POLYBEG DAN BERBUNGA

 

POKOK CILI YANG TAK PUTUS BERBUAH SEJAK MUSIM PANAS

 

POKOK GINSENG JAWA / POKOK AKAR SOM

 

POKOK KACANG ULAR YANG SEMAKIN MERIAH BERPUCUK SEJAK MUSIM HUJAN

 

ANAK2 KAILAN BARU PINDAH RUMAH 16/03/2014

 

DAUN KUNYIT

 

SUSUNAN BARU SAMBUNG NYAWA

 

ANAK2 SAWI BARU DUA MINGGU PINDAH 9/03/2014

 

POKOK SELASIH YANG SUBUR MENGHIJAU

 

POKOK TOMATO GANTUNG BERBUNGA TAPI XTAU BILA NAK BERBUAH


Semoga kita semua sentiasa menghargai kehijauan alam dan bersyukur dengan nikmat kehidupan yang ALLAH berikan kepada kita..... SELAMAT BERKEBUN......


Monday, 17 March 2014

YANG CANTIK DI HALAMAN

Syukur Alhamdullillah hujan masih membasahi bumi diselangi oleh panahan cahaya matahari yang tidak berapa terik..... ini seolah2 membayangkan keriangan pokok2 yang kutanam di halaman rumah.... Pokok bunga kertas kelihatan semakin cantik berbunga...daun2 baru banyak tumbuh dan lebih menyegarkan mata yang memandangnya.....



Sunday, 16 March 2014

ALLAH MAHA BESAR

ASSALAMUALAIKUM.....Alhamdullillah syukur setelah sekian lama negara kita dilanda cuaca kering..kemarau dan jerebu.... akhirnya berkat doa semua umat islam.. Alhamdullillah hujan mencurah turun membasahi bumi pada 15/3/2013... rasa gembira x terkata... sebab dah lama sangat tak tengok hujan... semua pokok2 yg kering dan layu sudah kembali segar... lepas hujan teduh aku dengan penuh bersemangat terus memindahkan anak2 pokok sawi dan pokok bendi ke batas baru.... dengan harapan dan doa semoga esok hujan akan turun lagi membasahi bumi Merlimau...    

Tuesday, 11 March 2014

CEKUR DAH BERBUNGA

Lepas jemur baju pukul 7pg tadi aku siram pokok.... tiba2 ternampak cekur dh berbunga... cantik... putih purple.... macam bunga orkid pn ada..... cantik ciptaan Allah...Subhanallah......                                                      

Sunday, 9 March 2014

YANG MERAH MENYALA

Assalamualaikum....

Salam Isnin yang penuh berkat.....semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan rahmatNYA...

 

POKOK ROSSELLE YANG DAH BOLEH DITUAI

BUAH PERTAMA



BEREBUT DENGAN BURUNG


HASIL YANG SEMPAT DITUAI 9 MAC 2014

BUAH ROSSELLE YANG SELAMAT JADI AIR UNTUK MAKAN MALAM

Tuesday, 4 March 2014

SAYUR MERANTI

POKOK MERANTI (SAYUR) YANG MENUMPANG DALAM PASU POKOK BUNGA MELUR

 

Asalnya pasu ni pasu pokok bunga melur.  Masa balik kampung bulan lepas pokok melur ni habis kering dan layu..  Aku potong semua dahan tinggalkan tunggul pokok je.... supaya tumbuh pucuk baru..... Tak lama lepas tu ada anak pokok yang tumbuh.  Mungkin benih dari tanah yang aku beli kat nurseri kot.....Rupanya pokok sayur meranti.... 

 

Aku pun biarkan sampailah jadi macam gambar....Pokok Bunga Melur tu tak nampak sebab rimbunan daun meranti tu banyak sangat.... Sayur meranti sedap buat masak lemak putih makan dengan ikan goreng dan sambal belacan... Fuhh sedap..... Maka hari ahad yang lepas aku pun tuai la... dapat la satu bakul kecik macam gambar kat bawah.... Lalu ku jadikan masak lemak yang dimakan dengan menu kat bawah tu....

SEBELUM DITUAI


SELEPAS DITUAI

Korang nampak tak pokok bunga melur yang baru nak berpucuk tu.... aku tak potong habis pokok meranti tu sebab akan datang boleh tuai lagi.......

 


SEDIA UNTUK DIMASAK

 

 

DAH SIAP MASAK LEMAK CAMPUR DENGAN LOBAK MERAH